???? MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SK JALAN DATUK PALEMBANG
Alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Rasmi SK Jalan Datuk Palembang telah berlangsung dengan lancar dan penuh tertib.
Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu, diikuti bacaan doa dan Ikrar Rukun Negara sebagai pembuka tirai perhimpunan.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas, Cikgu Mohd Kamarul Anuar bin Ismail, diikuti penyampaian Anugerah Kelas Terbersih sebagai penghargaan terhadap komitmen murid dalam memastikan persekitaran kelas sentiasa bersih, ceria dan kondusif.
Turut berlangsung penyampaian hadiah kepada guru-guru yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai dan Ogos sebagai tanda penghargaan dan ingatan daripada warga sekolah. ????????
Majlis kemudiannya diserikan dengan ucapan sempena Minggu STEM oleh Cikgu Shanti a/p Ramasamy yang menyuntik semangat dan kesedaran murid terhadap kepentingan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam kehidupan serta masa hadapan.
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn. Hajah Nor Hamizah binti Daud, yang menyampaikan amanat dan pesanan kepada seluruh warga sekolah agar terus berusaha, berdisiplin serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Semoga segala amanat, penghargaan dan pengisian yang disampaikan menjadi pemangkin kepada warga SKJDP untuk terus melangkah bersama, mencipta kecemerlangan dan membina generasi yang berilmu serta berdaya saing. ????
#SKJDP
#MajlisPerhimpunanRasmi
#MingguSTEM