???? PROGRAM PEMANTAPAN AKIDAH DAN PENGURUSAN JENAZAH ????????
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Pemantapan Akidah dan Pengurusan Jenazah pada 24 September 2026 (Khamis) bertempat di Surau SK Jalan Datuk Palembang.
Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Alifudin bin Kamaludin dengan perkongsian ilmu berkaitan pemantapan akidah serta tatacara pengurusan jenazah yang betul menurut syariat Islam.
Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SKJDP sebagai salah satu usaha memperkukuh kefahaman dan penghayatan murid terhadap ilmu agama serta mempersiapkan mereka dengan pengetahuan asas yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan berharga buat anak-anak SKJDP. ????
✨ Ilmu dipelajari, iman diperkukuh, amalan dipandu.
#BerjuangHinggaBerjaya
#ProgramPemantapanAkidah
#PengurusanJenazah
#PanitiaPendidikanIslam
#PanitiaBahasaArab