• Main
  • News

Lawatan Tapak Pemeriksaan Cerun Skjdp

Lawatan Tapak Pemeriksaan Cerun Skjdp

LAWATAN TAPAK PEMERIKSAAN CERUN SKJDP ????

Pihak SK Jalan Datuk Palembang (SKJDP) telah menerima lawatan tapak bagi pemeriksaan tiga (3) lokasi cerun yang melibatkan kawasan Blok Jebat, padang sekolah dan prasekolah oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN Melaka) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa di lokasi terlibat serta meneliti aspek keselamatan dan keperluan tindakan susulan demi memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan kondusif untuk seluruh warga sekolah.

Semoga usaha ini dapat membantu memastikan kesejahteraan dan keselamatan murid serta warga SKJDP terus terpelihara. ????

#SKJDP #JPNMelaka #KPM #SekolahSelamat #PendidikanBerkualiti