???? SK JALAN DATUK PALEMBANG RAIH TIGA ANUGERAH PENGIKTIRAFAN! ????
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. SK Jalan Datuk Palembang (SKJDP) telah berjaya meraih tiga anugerah berprestij sempena Majlis Apresiasi Sektor Pembangunan Murid “Menyulam Penghargaan, Merai Kehebatan” anjuran Unit HEM PPD Melaka Tengah yang berlangsung pada 28 Oktober 2026 bertempat di Dewan SJKC Cheng, Melaka.
???? Anugerah Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Terbaik
???? Anugerah Pengurusan Sahsiah Terbaik Sekolah Rendah
???? Anugerah Pelibatan Tertinggi MSSM Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kesungguhan dan kerjasama seluruh warga SKJDP dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara serta pembentukan sahsiah murid terus menjadi keutamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk SKJDP terus melakar kecemerlangan dan melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing.
#SKJDP
#SekolahKebanggaanKita
#klusterkecemerlangan