• Main
  • News

???? CERAMAH KETRAMPILAN MURID ????

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Ceramah Ketrampilan Murid yang melibatkan murid Tahap 1 dan Tahap 2, anjuran Unit HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), SK Jalan Datuk Palembang.

???? Tarikh: 12 November 2026 (Khamis)
???? Tempat: Dewan Terbuka SKJDP

Program ini telah menampilkan tiga pengisian menarik yang memberi manfaat kepada murid-murid, iaitu:

???? Disiplin Murid dalam Sekolah Selamat
Disampaikan oleh En. Mohd Sabri Md Sharip.

???? Insaniah Membentuk Jati Diri Murid
Disampaikan oleh En. Muhammad Faisal Patehi.

???? Dunia Digital dan Kerjaya
Disampaikan oleh En. Amirul dari Todak Academy.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan disiplin, membentuk sahsiah dan jati diri yang positif serta memberikan pendedahan terhadap dunia digital dan peluang kerjaya pada masa hadapan.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dalam membentuk peribadi yang berdisiplin, berkeyakinan dan berwawasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah serta pihak yang telah menjayakan program ini. ????

✨ Murid Berketerampilan, Sahsiah Terpuji, Masa Hadapan Gemilang! ✨

#SKJDP
#CeramahKetrampilanMurid
#UnitHEM
#GuruBimbinganDanKaunseling
#PembentukanSahsiah
#BerjuangHinggaBerjaya


About Us

Read More