
JUARA BERTAHAN LIGA HOKI PEMBANGUNAN JPN MELAKA 3 TAHUN BERTURUT
Tarikh: 27 Julai 2025
Lokasi: Stadium Hoki MBMB, Bukit Serindit
Peserta: 18 lelaki
Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki lelaki SK Jalan Datuk Palembang yang telah mempertahankan kejuaraan kategori lelaki Liga Hoki Pembangunan JPN Melaka. Ini adalah kejayaan tahun ketiga berturut-turut yang dicatat oleh pasukan hoki sekolah kita.
Pemain-pemain lelaki terdiri daripada;
1. Ahmad Farish Daniel bin Ahmad Faiz - 6 S
2. Muhammad Dani Rizqi bin Mohd Bohari - 6 B
3. Adam Irfan bin Ash'ari - (Penjaga Gol) 6 A
4. Haqimie Mukhriz bin Osman - 6 G
5. Muhammad Syakir bin Jasmi - 6 A
6. Ahmad Baariq Haikal bin Mohd Saufi - 6 B
7. Tuan Aqashah bin Tuan Mohd Syahriful - 6 G
8. Ahmad Firas Hadif bin Khairul Hafiz - 6 O
9. Azad Hussni Asyraf bin Mohd Hussni - 5 O
10. Ahmad Aaqil bin Ahmad Anuar - 5 B
11. Muhammad Hadif bin Mohd Hanaffi (Penjaga Gol) - 5 B
12. Muhammad Harraz Danial bin Hirwan - 5 B
13. Muhammad Khausar bin Mojd Rahi Sarhan - 5 B
14. Aazad Harith bin Ahmad Nadzir - 5 O
15. Muhammad Aqil Fayyad bin Muhammad Amir Azfar - 4 S
16. Ahmad Aariz bin Ahmad Anuar - 4 S
17. Muhammad Haikal Haziq bin Mohd Shafee - 3 O
18. Muhammad Hadif bin Muhammad Hanif - 3 D
Pasukan lelaki hanya melepaskan 1 gol sahaja sepanjang kejohanan manakala jentera serangan lelaki mencetak sebanyak 41 gol masing-masing. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain.
Pasukan lelaki juga berjaya meraih 2 anugerah individu iaitu;
Penjaga Gol Terbaik Kejohanan: Muhammad Adam Irfan bin Ash'ari
Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan: Ahmad Farish Daniel bin Ahmad Faiz
Ucapan penghargaan kepada ibu bapa yang memberi komitmen penuh bukan sahaja mengizinkan anak mereka bermain namun menjadi pemain ke 12 sepanjang kejohanan berlangsung.
Tiada sokongan ibu bapa yang kuat seperti tahun ini dan tahun lepas tidak mungkin kejayaan berganda ini dapat dicapai. Semoga sokongan kuat sebegini kepada aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat diteruskan pada masa akan datang.
TAHNIAH COACH AZRI CIKGU SABRI ,CIKGU AZRUL & TEACHER FARAH
#berjuanghinggaberjaya
#jdphockeyclub
#schoolofchampions
#hattrickdoublechampion