
PERHIMPUNAN RASMI SK JALAN DATUK PALEMBANG
Perhimpunan rasmi minggu ini dimulakan dengan penuh semangat menerusi nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah. Majlis turut diserikan dengan ucapan guru bertugas minggu lepas serta penyampaian Anugerah Kelas Terbersih.
Tahniah diucapkan kepada warga sekolah yang telah mengharumkan nama SKJDP dalam pelbagai pertandingan baru-baru ini:
???? Penyertaan Pertandingan Action Song
26 September 2025 di Mahkota Parade anjuran PTPTN
???? Tempat Keempat & Konduktor Terbaik – Bicara Berirama sempena Pesta Buku Melaka anjuran PERPUSTAM, 28 September 2025 di The Shore, Melaka
???? Azriel Ilman bin Mohd Zaidi
Johan Kejohanan Solat Kebangsaan Terbuka Tangkak & Jemputan Antarabangsa 2025
(14–17 September 2025)
Perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada wakil pentadbir yang memberi kata semangat dan motivasi kepada semua murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah. ????
#SKJalanDatukPalembang
#ecoschoolsmalaysia
#MelakaMajuJaya
#luaskanprestasimuJDP
#teamJDPhebat