????️???? TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK! ????????️
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan empat orang murid SK Jalan Datuk Palembang yang telah berjaya menerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak peringkat Kebangsaan. ????????
Tahniah diucapkan kepada:
1. ???? Aisyah Naurah binti Mohd Rafizi
2. ???? Adibah Husna binti Amdan
3. ???? Muhammad Afiq Rayyan bin Mohd Farid
4. ???? Muhammad Idris Syahmi bin Mohd Amir
???? Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak merupakan antara pengiktirafan dalam pergerakan Pengakap yang diberikan kepada murid yang telah memenuhi pelbagai keperluan dan kemahiran kepengakapan. Antaranya melibatkan keahlian, kegemaran, pengetahuan dan perkhidmatan.
Kejayaan ini pastinya hasil daripada usaha, komitmen dan kesungguhan murid dalam melengkapkan setiap tugasan dan kemahiran yang ditetapkan. ????????
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai kepengakapan dalam kehidupan seharian.
Syabas dan tahniah! Teruskan melangkah dengan semangat Pengakap! ⚜️????
#AnugerahRambu
#PengakapKanakKanak
#berjuanghinggaberjaya
#buatsehabisbaik