• Main
  • News

Beribu-ribu Tahniah Dan Syabas Kepada Pasukan Hoki Perempuan

Beribu-ribu Tahniah Dan Syabas Kepada Pasukan Hoki Perempuan

Beribu-ribu tahniah dan syabas kepada pasukan hoki perempuan SK JDP yang berjaya muncul JOHAN Liga Pembangunan Bawah 12 Tahun 2022/2023 yang bermula sejak tahun lepas.

Pasukan ini telah meraih 9 kemenangan berturut-turut bermula dengan pusingan liga seterusnya hingga ke pusingan kalah mati dengan rekod 33 gol dan hanya satu bolos sepanjang kejohanan.

Pasukan ini juga meraih anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan menerusi Cheryl Lee dengan jumlah jaringan sebanyak 13 gol untuk sepanjang kejohanan berlangsung.

Dengan kemenangan pasukan perempuan ini maka lengkaplah rekod tanpa kalah pasukan lelaki dan perempuan bawah 12 tahun SK Jalan Datuk Palembang sepanjang tahun ini. Mereka juga telah meraih kejuaraan untuk 2 kejohanan besar di Melaka iaitu Kejohanan Hoki MSS Negeri Melaka dan juga Liga Pembangunan Hoki Bawah 12 Tahun ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi dengan memberi komitmen untuk anak-anak menghadiri setiap sesi latihan dan pertandingan yang dirancang. Terima kasih juga kepada barisan pentadbir yang memberi sokongan penuh dalam setiap aktiviti yang disertai oleh pasukan hoki SK Jalan Datuk Palembang.

*Liga Hoki Pembangunan Bawah 11 Tahun Melaka 2022/2023*

*Pasukan Perempuan*

*30 Oktober 2022*
JDP Girls vs SK Tun SAS
1015 am
*8-0*

*13 November 2022*
JDP Girls vs SK Othman Syawal
1115 am
*1-0*

*8 January 2023*
JDP Girls vs SK Telok Mas
815 am
*5-0*

*18 February 2023*
JDP Girls vs SRA JAIM Merlimau Pasir
1115 am
*1-0*

*16 September 2023*
JDP Girls vs Convent Infant Jesus 2
815 am
*2-0*

*24 September 2023*
JDP Girls vs SK Seri Bemban
830 am
*8-0*

JDP Girls vs SK Seri Machap
1130
*2-0*

*15 Oktober 2023*
*Separuh Akhir*
JDP Girls vs SK Tun Syed Ahmad Shahabudin
815 am
*5-1*

*Akhir*
JDP Girls vs SRA JAIM Merlimau Pasir
445 pm
*1-0*