• Main
  • News

| Jelajah Ke Selatan |

| Jelajah Ke Selatan |

| Jelajah ke Selatan |

Episod kejohanan yang disertai oleh pasukan hoki SK Jalan Datuk Palembang berterusan lagi. Kali ini mereka berentap di Kejohanan Hoki Jemputan SK Kota Masai 2 di Johor yang berformat penyertaan berasaskan pasukan sekolah sahaja dan juga khas untuk bawah 11 tahun.

Sekolah kita telah menghantar sebanyak 1 pasukan lelaki dan 2 pasukan perempuan untuk kejohanan ini. Berikut adalah pencapaian pasukan-pasukan sekolah kita:

Lelaki:
JDP Juniors - Naib Johan Kejohanan

Perempuan:
JDP Sigma - Johan Kejohanan

JDP Girls - Peringkat Kumpulan

Alhamdulilah kita berjaya menempatkan diri dalam kedua-dua perlawanan akhir lelaki dan perempuan dan berjaya meraih kejuaraan menerusi pasukan perempuan. Pasukan lelaki pula kurang bernasib baik apabila tumpas dalam penentuan 'penalty shoot out' dengan jaringan 2-3.

Pemain kita juga meraih anugerah khas kejohanan iaitu Pemain Terbaik Kejohanan Perempuan menerusi Nur Fateen Dania bt Mohd Fazilah dan Penjaga Gol Terbaik Kejohanan menerusi Muhammad A'qeel Lutfi bin Noor Azri. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka.

Ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi keizinan untuk anak menyertai latihan seterusnya menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga atas sokongan kewangan untuk pasukan ini berjaya menyertai kejohanan ini. Sumbangan tak terhingga juga kerana dengan sama-sama 'turun' ke Johor Bahru untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak SK Jalan Datuk Palembang sepanjang kejohanan.

Form is Temporary, Class is Permanent