• Main
  • News

Lagi Kejohanan Disertai (lagi Pencapaian Dinikmati)

Lagi Kejohanan Disertai (lagi Pencapaian Dinikmati)

Lagi kejohanan disertai (lagi pencapaian dinikmati)

Kali ini pasukan hoki menyertai kejohanan di sekitar Melaka sahaja namun yang pasti tentulah bertaraf kebangsaan. Kejohanan kali ini yang disertai adalah Cabaran Hoki Dewan Paya Rumput yang diadakan di SJKC Pay Hwa, Paya Rumput.

Pasukan kita terdiri daripada satu pasukan lelaki yang dinamakan Bukit Baru English School manakala perempuan pula dinamakan JDP Princess.

JDP Princess telah muncul pemenang TEMPAT KETIGA untuk kejohanan ini manakala pasukan Bukit Baru English School pula berjaya meraih kejuaraan dengan meraih kemenangan bergaya 2-0 pada perlawanan akhir.

Kapten Bukit Baru English School yang juga Ketua Pengawas sekolah iaitu Muhammad Danish Firdaus bin Mohd Bohari telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan pada majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut.

Terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yang menyokong kuat penglibatan anak-anak SK Jalan Datuk Palembang dalam sukan hoki. Semoga lebih ramai bakat-bakat baru akan mewakili pasukan hoki pada masa akan datang.

Form is Temporary. Class is Permanent