• Main
  • News

Piala Franciscan 2023

Piala Franciscan 2023

Piala Franciscan 2023

Penyertaan terbanyak setakat ini dengan 7 pasukan yang berbeza sasaran untuk setiap pasukan. Kejohanan kali ini juga terbahagi kepada 4 kategori iaitu bawah 12 tahun lelaki dan perempuan serta bawah 10 tahun lelaki dan perempuan. Sekolah kita telah menghantar 4 pasukan untuk kategori bawah 12 tahun serta 3 pasukan untuk kategori bawah 10 tahun.
Berikut ialah pencapaian untuk pasukan-pasukan yang berjaya meraih keputusan podium:

Bawah 12 Tahun Lelaki:
JDP Tuah - Keempat Kategori 'Cup'
Bawah 12 Tahun Perempuan:
JDP Princess - Ketiga Kategori 'Cup'
Bawah 10 Tahun Lelaki:
JDP Jebat - Ketiga Kategori 'Cup'
Bawah 10 Tahun Perempuan:
JDP Sigma Juniors - JOHAN Kategori'Cup'

Tahniah JDP Sigma Juniors yang berjaya meraih JOHAN untuk kategori bawah 10 tahun perempuan. Pasukan ini juga meraih 2 anugerah khas iaitu Pemain Terbaik Kejohanan iaitu Tashmira A/P Rama dan juga Pemain Harapan Kejohanan iaitu Nurin Syazahrah bt Noor Rasman. Manakala Nur Qistina Balqis terpilih Penjaga Gol Terbaik untuk kategori bawah 12 tahun perempuan.

Terima kasih kepada Guru Besar Tuan Haji Rosmi bin Abdul Rasid, GPK Ko Kurikulum En Fatahazzaman bin Ibrahim serta Naib Yang Dipertua PIBG Datin Zakiah Ahmad yang sudi meluangkan masa menonton perlawanan tempat ketiga lelaki bawah 10 tahun dan perlawanan akhir perempuan 10 tahun pada hari akhir kejohanan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemain dan ibu bapa yang bertungkus lumus berlatih dan menyediakan keperluan pemain sepanjang kejohanan. Semoga lebih ramai bakat baru dan ibu bapa yang komited akan menyertai pasukan hoki SK Jalan Datuk Palembang pada masa akan datang.

#luaskanprestasimujdp
#berjuanghinggaberjaya