• Main
  • News

Perhimpunan Rasmi Mingguan Sk Jalan Datuk Palembang

Perhimpunan Rasmi Mingguan Sk Jalan Datuk Palembang

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SK JALAN DATUK PALEMBANG

Perhimpunan rasmi mingguan SK Jalan Datuk Palembang telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat patriotik. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah, diikuti dengan ucapan Guru Bertugas minggu lepas, Ustaz Muhammad Faisal bin Patehi yang menyampaikan pesanan dan peringatan berguna buat semua warga sekolah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah Keceriaan Kelas, serta Ucapan Duta Sahsiah, Muhammad Adam Mikhail bin Azmi, yang memberikan inspirasi kepada rakan-rakan tentang kepentingan sahsiah terpuji dalam kehidupan seharian.

Tahniah turut diucapkan kepada pasukan hoki sekolah atas kejayaan muncul Johan Hoki Lelaki dan Perempuan Liga Hoki JPN Melaka.
Beberapa anugerah khas turut disampaikan kepada pemain yang cemerlang sepanjang kejohanan, iaitu:
???? Adam Irfan bin Ash’ari – Penjaga Gol Terbaik Kejohanan
???? Ahmad Farish Daniel bin Ahmad Faiz – Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan
???? Dhiya Aqilah binti Muzaffar – Pemain Harapan Kejohanan

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada pentadbir sekolah, Puan Zurina binti Meri, yang menyuntik semangat kepada murid agar terus berusaha dalam akademik dan kokurikulum demi mengharumkan nama sekolah.

???? Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah serta warga sekolah yang sentiasa bersemangat menjayakan perhimpunan mingguan SK Jalan Datuk Palembang!

#TeamJDPhebat #MelakaMajuJaya #klusterkecemerlangan #ecoschoolsmalaysia #luaskanprestasimujdp