• Main
  • News

Perhimpunan Mingguan Sk Jalan Datuk Palembang

Perhimpunan Mingguan Sk Jalan Datuk Palembang

PERHIMPUNAN MINGGUAN SK JALAN DATUK PALEMBANG

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian tiga buah lagu disusuli ucapan guru bertugas minggu lepas, Ustaz Ahmad Zafri Wahidee bin Ahmad Shukri, diikuti dengan penyampaian anugerah kelas terbersih serta penyampaian hadiah kepada para penerima anugerah dan pemenang pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SKJDP yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai bidang:

???? Tempat Keempat – Pertandingan Robotic Line Tracer Peringkat Negeri Melaka (anjuran SK Ayer Keroh)
???? Johan – Pertandingan Reka Cipta MADANI Peringkat Negeri Melaka
???? Naib Johan – Pertandingan Pengurusan Susu Sekolah Terbaik Peringkat Negeri Melaka
???? Anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik Negeri Melaka
???? Anugerah Guru Aktif Kelab Pencegahan Jenayah – Cikgu Mohd Sabri bin Md Sharip
???? Naib Johan (Sekolah Rendah) – Minecraft Education Challenge 2025 Peringkat Kebangsaan – Hanana Aleesha binti Hasanul Fahmy

Majlis turut diserikan dengan ucapan pentadbir oleh Puan Farahduza binti Berahim (GPK HEM SKJDP) yang memberikan kata semangat dan penghargaan kepada semua murid dan warga sekolah atas komitmen serta kejayaan yang dicapai.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga SKJDP untuk terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. ????

#teamjdphebat #ecoschoolsmalaysia