Perhimpunan Rasmi Mingguan SK Jalan Datuk Palembang
Perhimpunan rasmi pada minggu ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian yang bermanfaat.
Antara agenda yang telah dijalankan ialah:
✨ Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh Ustazah Nur Syahmina Afza binti Suhaimi
✨ Penyampaian hadiah sempena sambutan ulang tahun kelahiran guru bagi bulan Mac oleh Kelab Guru & Staf SKJDP
✨ Penyampaian Anugerah NILAM kepada murid-murid yang cemerlang dalam amalan membaca
✨ Tayangan tutorial video berkaitan proses peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan
✨ Ucapan daripada Puan Hajah Nor Hamizah binti Daud, Guru Besar SKJDP sebagai penutup perhimpunan
Semoga segala pengisian pada hari ini dapat memberi manfaat serta menyuntik semangat kepada semua warga sekolah untuk terus cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
#KlusterKecemerlangan
#BudayaMembaca
#NILAM