???? Perhimpunan Mingguan SKJDP
Isnin | 4 Mei 2026
Perhimpunan mingguan pada hari ini telah berlangsung dengan lancar dan teratur melibatkan nyanyian tiga buah lagu rasmi, bacaan ikrar serta bacaan doa.
Turut disampaikan ucapan guru bertugas oleh En. Mohd Kamarul Anuar bin Ismail yang memberi amanat dan pesanan berguna kepada murid-murid untuk terus berdisiplin serta bersemangat dalam menuntut ilmu.
Perhimpunan turut diserikan dengan sesi penyampaian pingat kepada para murid yang berjaya dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SKJDP. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. ????????
Semoga semangat kesukanan, disiplin dan kecemerlangan terus subur dalam kalangan warga SKJDP.
#berjuanghinggaberjaya