• Main
  • News

???? PERHIMPUNAN MINGGUAN SK JALAN DATUK PALEMBANG

Perhimpunan mingguan pada minggu ini telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat patriotisme menerusi nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah, diikuti dengan bacaan ikrar serta doa.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil Guru Bertugas yang disampaikan oleh Muhammad Hudzaifah bin Abdul Rahman dari kelas 6 Delta. Turut berlangsung penyampaian hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Mingguan sebagai galakan kepada warga sekolah untuk terus mengekalkan persekitaran pembelajaran yang bersih, ceria dan kondusif.

Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kem Wira KRS Generasi MADANI Peringkat Negeri Melaka:

???? Johan Gerak Waja Berkumpulan TKRS Puteri - Amanda Nur Zaara binti Mustapah
???? Johan Tali Temali Berkumpulan TKRS Putera - Theivegkan a/l Sures Kumar
???? Naib Johan Pengucapan Awam Individu - Theivegkan a/l Sures Kumar

Turut diraikan kejayaan pasukan hoki sekolah dalam Kejohanan Karnival Hoki Terbuka SSTMI di Bandar Penawar, Johor:
???? JDP Juniors - Tempat Ketiga Kategori Cup (Lelaki) serta hadiah medal dan wang tunai RM450
???? JDP Sigma Juniors - Tempat Ketiga Kategori Cup (Perempuan) serta hadiah medal dan wang tunai RM450
???? JDP Alfa - Tempat Ketiga Kategori Plate (Lelaki)

????️ Anugerah Khas turut diberikan kepada Dhiya Aqilah yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Kejayaan ini merupakan kemenangan kali kedua berturut-turut selepas turut merangkul anugerah yang sama dalam Kejohanan Terbuka Kuala Pilah. Beliau membawa pulang piala peribadi, hamper dan wang tunai RM100 sumbangan penaja.

Majlis diakhiri dengan ucapan wakil pentadbir yang disampaikan oleh Muhammad Hadif bin Mohd Hanaffi dari kelas 6 Beta.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKJDP untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

#SKJDP
#AnakYangBaikLagiCerdik