• Main
  • News

Lawatan Tapak Projek Landskap Sk Jalan Datuk Palembang

Lawatan Tapak Projek Landskap Sk Jalan Datuk Palembang

LAWATAN TAPAK PROJEK LANDSKAP SK JALAN DATUK PALEMBANG

Alhamdulillah, SK Jalan Datuk Palembang telah menerima kunjungan pegawai daripada Jabatan Landskap Negara dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi meninjau serta menilai perkembangan Projek Landskap Bernilai RM6000 yang sedang dilaksanakan di sekolah ini.

Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan projek yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya, seterusnya mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih hijau, ceria, kondusif dan lestari untuk warga sekolah.

Insya-Allah, Majlis Perasmian Projek Landskap SK Jalan Datuk Palembang akan diadakan pada 8 Ogos 2026. Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta memperindah landskap sekolah demi manfaat bersama.

Terima kasih kepada Jabatan Landskap Negara, MBMB dan semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.


About Us

Read More