???????? TAHNIAH DAN SYABAS! ????????
Warga SK Jalan Datuk Palembang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Armel Kayyisa binti Kamarul Syahril dari kelas 2 Delta atas kejayaan cemerlang meraih Pingat Emas (Johan) dalam acara Girls Sabre Under 8 Individual sempena NS Matrix Fencing Festival 2026 (International Open) yang telah berlangsung di Karisma Arena, Negeri Sembilan pada 28 Jun 2026.
Nur Armel Kayyisa telah mewakili Pelapis Negeri Melaka dalam kejohanan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan atlet-atlet dari seluruh Malaysia serta beberapa buah negara lain.
Lebih membanggakan, kejohanan ini merupakan penyertaan pertama beliau dalam pertandingan antarabangsa seumpama ini, namun berjaya membuktikan kemampuan dan semangat juang yang tinggi sehingga muncul sebagai juara dalam kategorinya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SKJDP untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan.
???? Tahniah kepada Nur Armel Kayyisa, ibu bapa, jurulatih serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan.