???? Assalamualaikum & Salam Sejahtera, warga SKJDP yang dihormati.
SK Jalan Datuk Palembang ingin menjemput semua ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan Program Pengumpulan E-Waste yang sedang berlangsung.
Sekiranya di rumah terdapat barangan elektrik atau elektronik yang sudah rosak atau tidak digunakan seperti telefon bimbit, komputer riba, kipas, radio, pengecas, kabel dan lain-lain, bolehlah disumbangkan ke sekolah.
???? Tarikh: 13 Julai 2026 hingga 18 Julai 2026
???? Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
???? Tempat: Pondok PIBG
Sumbangan kecil daripada tuan/puan bukan sahaja membantu menjaga alam sekitar, malah menyokong usaha sekolah ke arah Sekolah Hijau (Eco-School).
???? Jom bersama-sama mengitar semula E-Waste demi masa depan yang lebih bersih dan lestari. Terima kasih atas sokongan padu daripada semua ibu bapa! ????♻️