• Main
  • News

Gotong-royong Sempena Perasmian Hari Landskap Negara Dengan Kerjasama

Gotong-royong Sempena Perasmian Hari Landskap Negara Dengan Kerjasama

GOTONG-ROYONG SEMPENA PERASMIAN HARI LANDSKAP NEGARA DENGAN KERJASAMA MBMB

Alhamdulillah, SK Jalan Datuk Palembang telah berjaya melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan taman herba dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Jutaan terima kasih terutamanya kepada Datuk Bandar MBMB, pegawai MBMB, Jabatan Landskap Negara, barisan pentadbir, barisan guru-guru, staf sokongan dan ibu bapa yang hadir membantu menjayakan program yang dilaksanakan sebanyak 3 siri.

Semoga projek yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya, seterusnya mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih hijau, ceria, kondusif dan lestari untuk warga sekolah.

Insya-Allah, Majlis Perasmian Projek Landskap SK Jalan Datuk Palembang akan diadakan pada 8 Ogos 2026. Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta memperindah landskap sekolah demi manfaat bersama.

#berjuanghinggaberjaya
#ecoschoolsmalaysia
#harilandskapnegara


About Us