• Main
  • News

Tahniah & Syabas!

Tahniah & Syabas!

TAHNIAH & SYABAS! ????????️

Tahniah diucapkan kepada empat orang murid SK Jalan Datuk Palembang yang telah berjaya menyertai Perkhemahan Lencana Keris Perak & Emas Pengakap Kanak-Kanak daerah Kota yang berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 di SK Pendidikan Khas.

Murid yang terlibat ialah:
???? Muhammad Idris Syahmi bin Mohammad Amir
???? Muhammad Afiq Rayyan bin Mohd Farid
???? Adibah Husna binti Amdan
???? Aisyah Naurah binti Mohd Rafizi

Penyertaan dalam perkhemahan ini merupakan salah satu syarat penting bagi melengkapkan kelayakan untuk menerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak, iaitu pengiktirafan tertinggi bagi ahli Pengakap Kanak-Kanak yang berjaya memenuhi segala syarat latihan, kemahiran dan kepimpinan yang telah ditetapkan.

Semoga pengalaman sepanjang perkhemahan ini menjadi pemangkin untuk terus membentuk sahsiah, semangat kepimpinan, disiplin serta jati diri sebagai seorang Pengakap yang berilmu, berbakti dan berwibawa.

“Buat Sehabis Baik.” ⚜️

#SKJalanDatukPalembang #PengakapKanakKanak #AnugerahRambu #KerisPerak #KerisEmas #KokurikulumSKJDP