???? JOHAN PERTANDINGAN PENGUMPULAN HOUSEHOLD E-WASTE 2026 ♻️????
Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN dalam Pertandingan Pengumpulan Household E-Waste sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026.
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha kecil yang dilakukan secara bersama mampu memberi impak besar terhadap pemeliharaan alam sekitar. Terima kasih diucapkan kepada semua murid, ibu bapa, warga sekolah serta komuniti yang telah memberikan sokongan dengan menyumbang sisa elektronik (e-waste) sepanjang kempen dijalankan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus mengamalkan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta meningkatkan kesedaran terhadap pengurusan sisa elektronik secara bertanggungjawab.
???? Tahniah buat seluruh warga SK Jalan Datuk Palembang! Bersama kita memelihara alam sekitar demi generasi akan datang.