HARI BERTEMU WARIS SK JALAN DATUK PALEMBANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SK Jalan Datuk Palembang dengan sukacitanya berjaya menjalankan Hari Bertemu Waris bagi membincangkan perkembangan pembelajaran serta prestasi anak-anak bersama guru kelas.
???? Tarikh: 31 Julai 2026
???? Tempat: Kelas masing-masing
Program ini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan akademik, sahsiah serta perkembangan murid dapat diperkasakan secara bersama.
???? Turut diadakan:
✅ Penyerahan Slip PBD kepada ibu bapa/penjaga.
✅ Taklimat Matriks Pembelajaran Tahun 4.
Kehadiran dan kerjasama semua ibu bapa amatlah dihargai demi memastikan anak-anak mendapat sokongan yang terbaik dalam perjalanan pendidikan mereka.
“Anak Hebat Bermula Dengan Kerjasama Sekolah dan Ibu Bapa.”