PERHIMPUNAN MINGGUAN SK JALAN DATUK PALEMBANG
Perhimpunan Mingguan SK Jalan Datuk Palembang telah berlangsung dengan penuh tertib dan semangat, menghimpunkan seluruh warga sekolah bagi menyemarakkan nilai disiplin, patriotisme serta meraikan pelbagai kejayaan yang telah dicapai.
Majlis telah dikendalikan dengan baik oleh pengacara majlis, Rithanya Thanaseelan dan Nur Sofea Zulaikha, disusuli dengan nyanyian tiga buah lagu rasmi, bacaan ikrar oleh Aliff Rizqin bin Mohd Firdaus serta bacaan doa oleh Muhammad Aisy bin Masron.
Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Suhaila binti Rahmat sebelum berlangsungnya beberapa sesi penyampaian anugerah dan penghargaan kepada murid serta warga sekolah yang telah mengharumkan nama SKJDP.
???? Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah:
????Kejohanan Olahraga MSSD Melaka Tengah Kali Ke-9
???? Hasya Irdina binti Mohamad Sharil – Rejam Lembing (Pingat Emas)
???? Nur Aishah Aneesa binti Budi Irwan – Lompat Tinggi (Pingat Perak)
???? Muhammad Rayqal bin Mohd Rufizan – Lari 200m (Pingat Perak)
???? Muhammad Rayqal bin Mohd Rufizan – Lompat Jauh (Pingat Gangsa)
???? Grand Final Boling MSS Negeri Melaka
Muhammad Ammar bin Azhari berjaya meraih Tempat Ke-7 dengan jatuhan 1,085 pin serta layak mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan.
????️ Pemenang Pembeli Kupon Terbanyak Fiesta Keusahawanan
Muhammad Aakif bin Saiful (RM130)
???? JOHAN Pertandingan Pengumpulan Household E-Waste Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) Peringkat Negeri Melaka 2026
Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah Keceriaan & Kebersihan Kelas serta Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh guru dan warga sekolah yang terpilih.
Majlis diakhiri dengan amanat daripada Guru Besar, Puan Hajah Nor Hamizah binti Daud, yang menyeru seluruh warga SKJDP agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga setiap kejayaan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Jalan Datuk Palembang untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.