TAHNIAH & SYABAS! ????????
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun SK Jalan Datuk Palembang atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (MSSNM) Peringkat Negeri Tahun 2026.
Tahniah juga kepada Mohd Hadiff bin Mohd Hanaffi atas kejayaan kerana dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik MSS Negeri Melaka. Namun penerimaan hadiah diwakili oleh adiknya kerana dukacita dimaklumkan beliau mengalami kecederaan patah kaki kiri pada dua minggu lepas.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kerjasama berpasukan serta usaha gigih para pemain, jurulatih dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Tahniah sekali lagi! SKJDP terus unggul di persada sukan. ????????
#SKJDP
#ComeBackStronger