???? LAWATAN PENANDA ARAS KE SK RANTAU PANJANG, KLANG ????
???? Rabu, 23 September 2026
???? Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Barisan Pentadbir, Guru-Guru, AKP ,En.Ammar serta warga SKJDP atas sokongan, kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan Lawatan Penanda Aras ke SK Rantau Panjang, Klang.
???? Semoga segala perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan baik yang diperoleh sepanjang lawatan ini dapat dimanfaatkan serta diterapkan demi meningkatkan kecemerlangan dan kualiti pengurusan SKJDP.
???? Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga SK Rantau Panjang, Klang atas kesudian menerima kunjungan kami.Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini terus terjalin serta memberi manfaat demi kecemerlangan pendidikan.
???? Pergi ke Klang membawa bekalan,
Singgah sebentar mencari ilmu;
Penanda aras jadi pedoman,
Demi SKJDP terus maju. ????
???? Indah berseri bunga melati,
Mekar berkembang di tepi laman;
Ilmu dikongsi, eratkan hati,
Bersama melangkah menuju kejayaan. ????
✨ Terima kasih atas kebersamaan, komitmen dan semangat kerja berpasukan!
#SKJDP
#LawatanPenandaAras
#SKRantauPanjangKlang
#BerjuangHinggaBerjaya ????????????